Manusia tak pernah terlalu miskin untuk memberi.
Tak pernah pula menjadi miskin hanya kerana memberi.
Kita hanya terlalu tamak untuk berkongsi.
Apalah gunanya menjadi kaya? ...jika hanya untuk mengenyangkan perut sendiri. Senanglah pada mata orang lain, kerana orang kaya tak pernah takut untuk membeli. Tapi lupakah kita? inikan hati manusia yang cuba kita selami, susah untuk terlihat lapisan atasnya, apatah lagi ingin melihat dasarnya. Senangkah hati mereka dengan kekayaan ini?
Malaikat...
Apa jua pun caranya untuk menguji, boleh berubah menjadi sesuatu yang tidak kita peduli...
Contoh mudah dan pasif, apakah yang bermain di fikiran kita pabila terlihat pak cik tua menadah tangan memohon simpati?
Kasihankah? Meluatkah?
Itu mazmumah di dalam hati...
Kita memberi bukan kerana simpati. Dia hanya memerlukan, sedangkan kita punyai apa yang dia mahukan...
Kerana kita jua sebagamana dia, mahukan sesuatu yg tidak kita miliki.
Permainan dunia memang mengelirukan.
Dunia ini bukan hanya syaitan yg menyesatkan.
Tapi ingatlah bahawa kita semua ini adalah hak milikNya.
Disebalik kulit yg menutupi tulang dan daging ini, mengalir bahan yg sama warna dan sifatnya.
Hari ini milik kita, esok lusa...? Allah akan tetap menyimpan rahsianyaLabels: Allah, diri, dunia, malaikat, simpati, syaitan |